Ust Rusydi Ramli

Ust. Rusydi Ramli al-Jauhari

http://albairaha.blogspot.com
Ust. Rusydi Ramli Al-Jauhari aktif menyampaikan ceramah agama, motivasi dan mengajar Bahasa Arab di masjid-masjid serta pejabat kerajaan. Beliau juga aktif menulis dan setakat ini berjaya menghasilkan lapan buah buku di bawah terbitan Must Read Sdn. Bhd. Di samping itu, beliau juga merupakan Penasihat syariah di syarikat tersebut. Beliau juga adalah duta produk makanan kesihatan yang popular di Malaysia dan sering ke udara sama ada di radio, televisyen dan akhbar-akhbar harian.

Ust Shahrizan Daud

Ust. Shahrizan Daud
at-Turabi

http://www.facebook.com/US.Shah
Ust. Shahrizan Daud At-Turabi mendapat pendidikan di University Al-Azhar Alexandria, Egypt. Pengacara bagi program Ayat Riyawat, dan Madrasah Al Quran di Tv Al-Hijrah. Beliau merupakan Imam dan Mursyid Imam Muda Musim Pertama, dan Ketua Imam Masjid Muadz Bin Jabal.

Ust Zul Ramli

Ust. Zul Ramli M. Razali

http://zulramli.blogspot.com
Zul Ramli M. Razali mendapat pendidikan di University of Islamic Studies Karachi, Pakistan dalam bidang Aqidah dan Dakwah. Merupakan seorang perunding motivasi dan pengendali latihan fokus Pembangunan Karektor, Keupayaan dan Kepimpinan Insan (Character, Capability and Leadership Development: Mastering 9 Inner Dimension) di Kiffah Motivation & Training Sdn. Bhd. Berpengalaman luas dalam kerajaan dan swasta seluruh negara.

Suaranya sering berkumandang di radio IKIM.fm bagi rancangan Durul Hikmah (Tahsin As Solah: Falsafah dan Dinamika Solat) dan bicara Ad-Din, juga di Pahang.fm bagi rancangan Eksplorasi Masjid. Sering dipanggil menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM bagi membincangkan isu-isu semasa dan rancangan Al Hidayah di TV3. Beliau juga aktif menyampaikan ceramah dan forum di pejabat dan masjid sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pahang dan Johor

Leave a Reply