LAWATAN KE TV AL-HIJRAH

Categories: Aktiviti

Lawatan Usrah Fitrah ke stesen Tv Al-Hijrah hampir selama 3jam  memberi sedikit gambaran baru kepada ahli Usrah Fitrah tentang operasi  stesen Tv Al-Hijrah. Layanan yang sangat mesra dari staf  TV Al-Hijrah amatlah kami hargai. Pada lawatan itu kami dibawa ke beberapa lokasi. Kami diberi peluang untuk menyaksikan operasi Bilik Berita, dan menyertai mesyuarat.  Di samping melawat Bahagian Berita kami juga turut dijemput melihat studio 30 minit bersama Ustaz Don, dan studio Bicara. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami.

Komen / Pendapat

comments

admin
Author: admin

Gabungan beberapa penggiat seni tanah air termasuk pelakon, penyanyi, wartawan, penggiat seni fesyen, penulis dan pemuzik yang bergabung demi mendalami isian Islam, dan sekali gus membuat acara-acara amal dan berbentuk kemasyarakatan untuk menjalin ukhuwah dan mendekatkan diri dengan orang ramai serta golongan kurang bernasib baik atas nama ibadah ke jalan Allah

Leave a Reply